MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA SMPK VOKASIONAL INDAHPURA
MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA SMPK VOKASIONAL INDAHPURA
Majlis ini telah berlangsung pada 08 November 2008 bertempat di The Zone Stulang Johor Bahru. Majlis ini bertemakan songket yang dihadiri dan dirasmikan oleh Y. Bhg. Pn. Rozainum binti Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas.
Seramai 119 orang murid yang terdiri dari kategori murid Pendengaran, Penglihatan dan Pembelajaran menerima Sijil tamat pengajian.
Tahniah kepada semua murid yang telah tamat pengajian untuk kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 murid Penglihatan dan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 murid Pembelajaran.
Tahniah juga kepada murid Pendengaran bagi Kursus Matapelajaran Vokasional iaitu Grafik Berkomputer serta Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut. Gambar-gambar konvokesyen akan dipos secara berdaftar ke alamat yang telah diberikan.